top of page

MY IDEAS BEGIN : BE GAIN

 

Unit Penyelidikan, Inovasi dan Komersialan Kolej Komuniti Jasin sedang dalam usaha untuk menerbitkan sebuah buku penulisan ilmiah My Ideas Begin : Be Gain. Buku ini merupakan platform perkongsian idea penulisan dari semua warga pendidik khususnya dan terbuka kepada semua. Pelbagai perkongsian ilmu akan digarap dengan sebaiknya dari idea-idea penulis yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan umur.

Justeru, kami menyeru kepada semua penulis yang mempunyai idea untuk dikongsi bersama bolehlah menghantar karya anda disini. Semoga buku ini dapat dijadikan sebagai  bahan bacaan yang dapat memberikan manfaat kepada semua selain dapat membudaya penulisan dan pembacaan dalam kalangan warga pendidik khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

bottom of page